Laman Utama  
  Lagi pautan dari arkib
   
   
   
   

Ibrahim mahu melompat lagi
Ketuanan Melayu diserang, UMNO bergoyang
Dilema Melayu: UMNO, Pas atau PKR?
Cara Ong pimpin MCA timbulkan banyak tanda tanya
Utusan Malaysia hanya boleh berkubur di tangan Melayu
Punca Malaysiakini siar berita palsu Najib
Memerangi politik wang satu jihad
Rais Yatim lebih layak jadi PM

    LAGI YANG TERSIRAT

  

carian   Web MalaysiaAktif.com

Belum ada tanda Anwar mahu bersumpah

Malaysiaaktif.com
15 Ogos 2008
 

PERMATANG PAUH – Belum ada tanda Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyahut cabaran Mohd Saiful Bukhari Azlan supaya bersumpah dengan cara Islam bagi menafikan dakwaan beliau telah meliwat bekas pembantunya itu.

 Saiful yang bersumpah pada hari ini Anwar telah meliwatnya, juga mencabar Anwar dalam satu kenyataannya kepada media.
 
``Dengan ini saya mencabar Anwar bin Ibrahim bersumpah dengan cara sebenar-benarnya Islam dengan melakukannya di masjid dengan disaksikan oleh ulama dan mufti serta seluruh rakyat Malaysia bagi menafikan dakwaan saya adalah tidak benar,’’ kata Saiful.
 

Berucap dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh di Kubang Semang lewat malam ini, Anwar sebaliknya berkata tiada bukti beliau melakukan perkara itu.

 Katanya, doktor Pusat Rawatan Islam yang memeriksa Saiful telah mendapati tiada tanda beliau diliwat.
 
Begitu juga doktor di Hospital Kuala Lumpur dalam pemeriksaan selepas itu mendapati tiada tanda Saiful diliwat, dakwa Anwar.
 

Dalam ucapannya di hadapan lebih seribu orang, Anwar mempertahankan bahawa beliau adalah mangsa fitnah.



 Katanya, sebarang tuduhan terhadapnya hanya boleh dibuktikan di mahkamah syariah dengan menampilkan cukup saksi.
 

Menurut Anwar, sumpah seseorang mengikut cara Islam tidak boleh diterima jika ia dibuat oleh orang yang fasik. –malaysiaaktif.com

KOMEN

 Name
 Email
 Website
 

Dalam usaha kami memastikan informasi tepat dan lengkap di laman Malaysia Aktif, tiada 'representation' di tekankan atau 'implied' dirujuk keatas informasi ini

While we make every effort to ensure the accuracy of the information contained in Malaysia Aktif, no representation expressed or implied is made in respect of the said information.


Perihal Malaysia Aktif | Polisi | Terma & Syarat | Penafian | Login | Guestbook | Sitemap |