Laman Utama  
  Lagi pautan dari arkib
 

MCA gesa tindakan ke atas Namewee




MCA hari ini menyatakan sokongan terhadap segala tindakan yang akan dikenakan oleh kerajaan ke atas Wee Meng Chee atau Namewee jika terbukti pemuda itu melakukan kesalahan menerbitkan video berbaur perkauman
 
 

NAJIB IS ALONE

Datuk Seri Najib Tun Razak needs help. The Prime Minister is alone, as the chairman of the ruling Barisan Nasional (BN) coalition parties he is also alone. He takes his cause along a lonely path where his ‘soldiers are going different ways’, seemingly deviating from his track and target.  He needs help, he needs support and he needs backing but so far, he got not coming. Even his idea of a New Economic Model came under fire from the largest NGO in the country – Perkasa. When Najib announced his 1Malaysia concept, everyone roared and clapped in unison, concurring to the concept that is supposedly to unite the multi-racial reality of the country.
 
 

NAJIB IS ALONE – PART 2

Top on Najib’s mind now is to retain Sarawak which state election is to be held latest by middle of next year. The going is not good as far as politicians and public see it given the political atmosphere in peninsular as well as the recently concluded Sibu state by-election. The main issue is Chief Minister Tan Sri Taib Mahmud which even the BN election machinery finds it hard to address the issue which has now spread like wild fire among the electorates in the state. Many politicians in Kuala Lumpur predicted that if Sarawak BN fails to retain its two-third majority, Sabah will fall or follow the trend as the two states are sort of ‘biologically link’ in terms of minds and culture. They said when the trend show that way in Sarawak, then the coming general election would show similar trends in the peninsular which is considered as worrying for BN. Walking the tightrope and doing the balancing act is not easy job for Najib as his 1Malaysia concept is translated and interpreted depending on the benefits of whoever is doing it.
 
 

Biadab di surau, parti karaoke untuk menyambut ramadan dan lain-lain...


Setelah 53 tahun merdeka bersama Malaysia masih lagi terdapat orang Cina yang bukan saja langsung tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu (Malaysia), malahan masih ada yang tidak langsung bersungguh-sungguh untuk mendekati budaya Melayu dan mengetahui segala sensitiviti dan pantang larang orang Melayu.

Di antara contoh paling terserlah masalah ini ialah parti DAP yang sejak berdekad mendabik dada kononnya paling berhak memerintah ekoran manifestasi misi dan falsafah yang memperjuangkan keadilan sosial mutlak untuk semua. Walaupun ramai yang sedar laungan DAP itu hanya sekadar retorik politik tidak berasas, namun masih ada yang terpengaruh dengan janji-janji mereka.

Menyedari mereka tidak akan ke mana tanpa sokongan orang Melayu, mereka merancang pelbagai muslihat sehingga tidak kurang juga orang Melayu yang terpedaya, lantaran menyertai DAP atau setidak-tidaknya menyokong rancangan mereka melalui perseteruan dengan UMNO dan bersekongkol dengan PKR dan PAS.
 

 

BBC pun tak mau RPK dalam rancangannya


Apa nak dikatakan lagi? Kalau dah salah tu, salah juga la.

Pelan pihak Perbadanan Penyiaran British, BBC mengundang Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk ditemu ramah dalam rancangan popular HardTalk dibatalkan.

Difahamkan pembatalan tersebut berikutan pendapat dan nasihat peguam-peguam BBC yang mengatakan jika rancangan itu diteruskan ada kemungkinan BBC mendedahkan dirinya kepada komplikasi perundangan.

Sejurus selepas keputusan itu diumumkan, RPK terus menyebar berita tersebut kepada konco-konconya di Malaysia, dan dengan sekelip mata mereka bergegas untuk 'spin' berita penolakkan tersebut daripada perspektif lain pula - kali ini dengan menuduh kononnya BBC sudah hilang taring, tidak lagi bebas dan mudah dibeli.

Inilah wajah kumpulan anarkis yang menjadi pemangkin Pakatan Rakyat - gerombolan yang melemparkan pelbagai janji kosong untuk kononnya mencorakkan lanskap politik dan sosial baru bagi Malaysia.

Ibrahim mahu melompat lagi
Ketuanan Melayu diserang, UMNO bergoyang
Dilema Melayu: UMNO, Pas atau PKR?
Cara Ong pimpin MCA timbulkan banyak tanda tanya
Utusan Malaysia hanya boleh berkubur di tangan Melayu
Punca Malaysiakini siar berita palsu Najib
Memerangi politik wang satu jihad
Rais Yatim lebih layak jadi PM
 

  

  

carian   Web MalaysiaAktif.com

Utusan Malaysia hanya boleh berkubur di tangan Melayu

Bashir Ahmad
29 Oktober 2008


JIKA anda belum membaca Utusan Malaysia naskah 29 Oktober 2008, penulis peturunkan sebahagian kandungan  berita yang disiarkannya ini.

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap usul Puteri UMNO Sungai Petani yang meminta semua pihak mempertahankan akhbar Utusan Malaysia.

Menurutnya, keterbukaan Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar yang berjuang untuk orang Melayu dan bumiputera di negara ini sebenarnya tidak dapat dinafikan.

''Kita faham semua pihak terutama media boleh memainkan peranan untuk membantu negara membina sebuah landskap politik yang cemerlang.

''Saya memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Utusan Malaysia dan usul Puteri itu seharusnya disokong semua,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan upacara penyampaian bantuan kelas mudah alih (EMS) daripada syarikat pembuat kabin, VBM Distributor Sdn. Bhd. kepada kanak-kanak mangsa taufan Nargis Myanmar di sini hari ini.

Berita di atas adalah susulan kepada beberapa berita sebelumnya yang berentetan daripada seruan yang dibangkitkan oleh anggota-anggota Dewan Undangan Negeri Selangor daripada parti-parti PKR, DAP dan Pas yang memerintah negeri itu sekarang. Mereka telah melancarkan kempen `boikot Utusan Malaysia.'

Sebelum ini, kerajaan Pas, DAP dan PKR di Perak terlebih dulu telah melancarkan kempen boikot akhbar terbitan syarikat Utusan Melayu Berhad.

Yang menyebabkan mereka melancarkan kempen memboikot Utusan Malaysia ialah laporannya yang dikatakan berat sebelah, tidak tepat dan tidak adil terhadap PKR, DAP dan Pas.

Penulis ini percaya bahawa mereka yang berkempen supaya Utusan Malaysia diboikot akan bertepuk tangan jika semua orang memboikot akhbar ini dan mengakibatkannya  ditutup. Dan jika Utusan Malaysia tidak lagi dibeli, apakah akan jadi kepada syarikat Utusan Melayu? Dulu akhbar utama syarikat ini ialah harian Utusan Melayu yang sudah berkubur pada hari ini. Semua orang tahu bahawa harian itu tidak lagi diterbitkan kerana tiada siapa lagi yang mahu membaca tulisan jawi.

Proses pemupusan tulisan jawi bermula pada zaman Menteri Pelajaran Khir Johari yang merumikan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Pada hari ini, tulisan Mandarin dan Tamil terus hidup segar di bumi Malaysia, tapi tulisan jawi sudah berkubur. Salah siapa?

Dan sekarang usaha sedang rancak dijalankan untuk mematikan Utusan Malaysia melalui kempen boikot yang dijalankan oleh PKR, DAP dan Pas di Perak dan Selangor. Yang bersuara kuat supaya Utusan Malaysia diboikot ialah orang-orang DAP.

Mari kita jawab soalan yang mudah ini. Siapakah yang membaca Utusan Malaysia ? Orang Melayu, Cina atau India? Jika ada orang Cina dan India yang membacanya, tentulah boleh dibilang dengan jari. Kebanyakan bukan Melayu yang membacanya hanyalah para pelajar yang mahu lulus Bahasa Malaysia dalam peperiksaan SPM.

Maka sebab itulah orang-orang Cina dalam DAP cukup gembira apabila Melayu dalam PKR dan Pas bersetuju untuk memboikot Utusan Malaysia. Perasaan sebilangan Melayu dalam PKR dan Pas yang membenci Utusan Malaysia kerana akhbar ini condong kepada UMNO dan BN, telah `dikipas kuat' oleh DAP supaya mereka memboikot akhbar utama terbitan syarikat Utusan Melayu ini.

Apa akan jadi jika kempen boikot Utusan Malaysia ini berjaya? Orang Melayu tidak akan membaca lagi Utusan Malaysia dan akhirnya akan berkuburlah syarikat Utusan Melayu yang nilai sahamnya pada hari ini (29 Oktober 2008) hanyalah RM0.55 seunit. Bandingkan nilai saham Utusan Melayu dengan saham Star (RM3.08) dan NST (RM1.02).

Sebelum ini nilai saham Utusan Melayu berkisar sekitar RM1 seunit, hampir sama dengan NST. Selepas heboh tentang kempen boikot Utusan Malaysia, saham Utusan Melayu turun ke paras terendah RM0.55.

Jika takdirnya Utusan Melayu terpaksa ditutup kerana Utusan Malaysia tidak lagi dibaca, janganlah orang Melayu salahkan orang-orang Cina DAP yang mengapi-apikan mereka supaya membenci akhbar syarikat yang telah memainkan peranan besar dalam perjuangan kemerdekaan dan memartabatkan bangsa Melayu di bumi mereka ini.

Ingatlah bahawa Tanah Melayu sudah digantikan dengan Malaysia. Tulisan jawi sudah digantikan dengan tulisan rumi. Bahasa Melayu sudah jadi bahasa Malaysia. Jika syarikat Utusan Melayu juga turut berkubur, maka tinggalah nama Melayu hanya pada Rejiman Askar Melayu Diraja. Kereta Api Tanah Melayu juga sudah digantikan dengan KTMB. Jika ditanya kepada generasi hari ini apa itu KTMB, mereka tidak akan tahu bahawa itulah akronim Kereta Api Tanah Melayu Berhad.

Maka apabila kedengaran suara-suara orang muda dalam UMNO yang mahu mempertahankan Utusan Malaysia, ada sedikit kelegaaan di kalangan orang-orang Melayu yang masih  setia membaca akhbar ini. Bagi mereka ini, walaupun Utusan Malaysia adalah terbitan syarikat Utusan Melayu yang saham majoriti dikuasai UMNO, ia adalah salah satu warisan institusi orang Melayu yang sudah tinggal tidak seberapa lagi disebabkan asakan zaman, perubahan iklim politik dan kehakisan semangat kemelayuan di kalangan orang-orang Melayu sendiri.

Kepada orang-orang Melayu yang membenci Utusan Malaysia kerana condong kepada UMNO dan BN, ingin ditanya apakah akhbar Harakah, Suara Keadilan dan lain-lain akhbar pro-pembangkang berlaku adil kepada UMNO dan BN? Jika kita lihat akhbar pembangkang ini yang dijual secara terbuka di pasaran (bukan untuk ahli sahaja), tiada sepatah perkataan pun yang tidak menghentam UMNO, BN dan kerajaan dukungan BN.

Sebaliknya tumpuan utama Utusan Malaysia lebih kepada hal-hal umum yang berkaitan dengan Malaysia. Dasarnya juga lebih kepada mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam. Hanya sewaktu kempen pilihan raya dan sekali sekala akhbar ini memperlihatkan pendiriannya yang pro-UMNO dan BN.

Maka, jika Utusan Malaysia mempertahankan hak masjid untuk mengumandangkan azan, itu tiada kena mengena dengan UMNO. Apa yang Utusan lakukan adalah demi kepentingan umat Islam yang merupakan majoriti penduduk negara ini. Dan jika diungkit mengenai bukan Melayu menjadi pentadbir nombor satu PKNS, ia lebih bersifat untuk kepentingan Melayu.

Pada hakikatnya, Utusan Malaysia adalah penyebar fikiran rakyat majoriti Malaysia iaitu Melayu dan Muslim. Jika Utusan Malaysia mahu diboikot kerana kemelayuannya, apa beza The Star, Nayang Siang Pau dan Sin Chew Daily yang memperjuangkan suara Cina. Sama juga dengan akhbar-akhbar berbahasa Tamil yang melaungkan suara kaum India.

Elok juga dinyatakan bahawa semasa menjadi Timbalan Presiden UMNO/ Timbalan Perdana Menteri dulu, pemimpin de facto pembangkang iaitu Anwar Ibrahim telah menggunakan Utusan Malaysia sepenuhnya, bukan sahaja untuk menghentam Pas dan DAP, tapi juga menjatuhkan musuh-musuh politiknya dalam UMNO termasuk Dr. Mahathir Mohamad. Di samping memastikan `orang-orangnya' menjadi ketua-ketua pengarang di Utusan Malaysia dan Berita Harian, beliau jugalah pemimpin politik yang pertama menggunakan TV3 sepenuhnya untuk kepentingan politik peribadinya.

Janganlah kita lupa bagaimana TV3 mengaibkan Ghafar Baba sehingga akhirnya tokoh veteran UMNO itu terpaksa berundur daripada kerajaan dan parti.

Sekarang Anwar bersama Pas dan DAP mahu membunuh Utusan Malaysia atas tuduhan membuat laporan tidak adil dan berat sebelah. Adakah majoriti umat Melayu mahu turut serta membunuh sebuah suara Melayu?  - malaysiaaktif.com

   

   

 

 


KOMEN

01/11/2008 - MOHAMED ISA 
 memang patut pun diboikot kerana lidah rasminya utusan bisa munafiq yang berselindung atas nama melayu islam.
05/11/2008 - Alumni UMS 
 Saya setuju. Nasib Utusan terletak sepenuhnya pada pembaca Utusan selama ini. Hidup mati Hararkah pun pada pembaca mereka. Jikalau pembaca Hararkah boleh berhenti membaca Hararkah bila ada pihak luar daripada lawannya suruh boikot Hararkah, maka keadaan yang sama akan berlaku dengan Utusan. Masyarakat selama ini memilih Hararkah kah, Utusan kah, ada faktor2 masing2. Jikalau bergitu mudah bila orang suruh boikot, terus boikot, then there must be somethings wrong. hehehe ......
 Name
 Email
 Website
 

Dalam usaha kami memastikan informasi tepat dan lengkap di laman Malaysia Aktif, tiada 'representation' di tekankan atau 'implied' dirujuk keatas informasi ini

While we make every effort to ensure the accuracy of the information contained in Malaysia Aktif, no representation expressed or implied is made in respect of the said information.


Perihal Malaysia Aktif | Polisi | Terma & Syarat | Penafian | Login | Guestbook | Sitemap |