Laman Utama  
  Lagi pautan dari arkib
 

MCA gesa tindakan ke atas Namewee




MCA hari ini menyatakan sokongan terhadap segala tindakan yang akan dikenakan oleh kerajaan ke atas Wee Meng Chee atau Namewee jika terbukti pemuda itu melakukan kesalahan menerbitkan video berbaur perkauman
 
 

NAJIB IS ALONE

Datuk Seri Najib Tun Razak needs help. The Prime Minister is alone, as the chairman of the ruling Barisan Nasional (BN) coalition parties he is also alone. He takes his cause along a lonely path where his ‘soldiers are going different ways’, seemingly deviating from his track and target.  He needs help, he needs support and he needs backing but so far, he got not coming. Even his idea of a New Economic Model came under fire from the largest NGO in the country – Perkasa. When Najib announced his 1Malaysia concept, everyone roared and clapped in unison, concurring to the concept that is supposedly to unite the multi-racial reality of the country.
 
 

NAJIB IS ALONE – PART 2

Top on Najib’s mind now is to retain Sarawak which state election is to be held latest by middle of next year. The going is not good as far as politicians and public see it given the political atmosphere in peninsular as well as the recently concluded Sibu state by-election. The main issue is Chief Minister Tan Sri Taib Mahmud which even the BN election machinery finds it hard to address the issue which has now spread like wild fire among the electorates in the state. Many politicians in Kuala Lumpur predicted that if Sarawak BN fails to retain its two-third majority, Sabah will fall or follow the trend as the two states are sort of ‘biologically link’ in terms of minds and culture. They said when the trend show that way in Sarawak, then the coming general election would show similar trends in the peninsular which is considered as worrying for BN. Walking the tightrope and doing the balancing act is not easy job for Najib as his 1Malaysia concept is translated and interpreted depending on the benefits of whoever is doing it.
 
 

Biadab di surau, parti karaoke untuk menyambut ramadan dan lain-lain...


Setelah 53 tahun merdeka bersama Malaysia masih lagi terdapat orang Cina yang bukan saja langsung tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu (Malaysia), malahan masih ada yang tidak langsung bersungguh-sungguh untuk mendekati budaya Melayu dan mengetahui segala sensitiviti dan pantang larang orang Melayu.

Di antara contoh paling terserlah masalah ini ialah parti DAP yang sejak berdekad mendabik dada kononnya paling berhak memerintah ekoran manifestasi misi dan falsafah yang memperjuangkan keadilan sosial mutlak untuk semua. Walaupun ramai yang sedar laungan DAP itu hanya sekadar retorik politik tidak berasas, namun masih ada yang terpengaruh dengan janji-janji mereka.

Menyedari mereka tidak akan ke mana tanpa sokongan orang Melayu, mereka merancang pelbagai muslihat sehingga tidak kurang juga orang Melayu yang terpedaya, lantaran menyertai DAP atau setidak-tidaknya menyokong rancangan mereka melalui perseteruan dengan UMNO dan bersekongkol dengan PKR dan PAS.
 

 

BBC pun tak mau RPK dalam rancangannya


Apa nak dikatakan lagi? Kalau dah salah tu, salah juga la.

Pelan pihak Perbadanan Penyiaran British, BBC mengundang Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk ditemu ramah dalam rancangan popular HardTalk dibatalkan.

Difahamkan pembatalan tersebut berikutan pendapat dan nasihat peguam-peguam BBC yang mengatakan jika rancangan itu diteruskan ada kemungkinan BBC mendedahkan dirinya kepada komplikasi perundangan.

Sejurus selepas keputusan itu diumumkan, RPK terus menyebar berita tersebut kepada konco-konconya di Malaysia, dan dengan sekelip mata mereka bergegas untuk 'spin' berita penolakkan tersebut daripada perspektif lain pula - kali ini dengan menuduh kononnya BBC sudah hilang taring, tidak lagi bebas dan mudah dibeli.

Inilah wajah kumpulan anarkis yang menjadi pemangkin Pakatan Rakyat - gerombolan yang melemparkan pelbagai janji kosong untuk kononnya mencorakkan lanskap politik dan sosial baru bagi Malaysia.

Ibrahim mahu melompat lagi
Ketuanan Melayu diserang, UMNO bergoyang
Dilema Melayu: UMNO, Pas atau PKR?
Cara Ong pimpin MCA timbulkan banyak tanda tanya
Utusan Malaysia hanya boleh berkubur di tangan Melayu
Punca Malaysiakini siar berita palsu Najib
Memerangi politik wang satu jihad
Rais Yatim lebih layak jadi PM
 

  

  

carian   Web MalaysiaAktif.com

Kronologi krisis politik Perak

Bernama
9 Feb 2010

KUALA LUMPUR, -- Berikut adalah kronologi krisis politik di Perak yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya Selasa membuat keputusan berhubung siapakah antara Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas adalah Menteri Besar yang sah.

17 Mac 2008: - Mohammad Nizar, anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

1 Feb 2009: - Speaker DUN Perak, V. Sivakumar berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu. Kedua-dua ADUN PKR itu nafi meletakkan jawatan.

3 Feb 2009: - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.

4 Feb 2009: - Timbalan Perdana Menteri (ketika itu) Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan apabila dua ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengumumkan keluar parti dan menyokong BN.

BN Perak dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala tiga lagi anggota dewan undangan negeri ialah anggota Bebas.

5 Feb 2009: - Kenyataan media dari pejabat Sultan Perak menyatakan bahawa Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan menitahkan Mohammad Nizar serta Anggota Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong.

6 Feb 2009: - Dr Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak Ke-11 menggantikan Mohammad Nizar yang mula memegang jawatan berkenaan pada 17 Mac 2008.

- BN secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak.

13 Feb 2009: - Mohammad Nizar mengambil tindakan undang-undang memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah selain memohon injunksi melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

6 Mac 2009: - Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu perlembagaan dalam saman yang difailkan oleh Mohammad Nizar bagi mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

23 Mac 2009: - Mahkamah Persekutuan memutuskan agar kes Mohammad Nizar lawan Dr Zambry dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.

3 April 2009: - Mohammad Nizar diberi "lampu hijau" oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak berikutan keputusan Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Februari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah.

11 Mei 2009: - Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati beliau tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

12 Mei 2009: - Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan lawannya, Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Dr Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

22 Mei 2009: - Keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Dr Zambry adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.

19 Jun 2009: - Mohammad Nizar memfailkan notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan keputusan oleh Mahkamah Rayuan.

5 Nov 2009: - Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang telah menangguhkan keputusan kes itu pada 9 Feb 2010 setelah selesai mendengar hujahan.

9 Feb 2010: - Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan pada Selasa sebulat suara mengisytiharkan bahawa pelantikan Dr Zambry yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.

-- BERNAMA

KOMEN

 Name
 Email
 Website
 

Dalam usaha kami memastikan informasi tepat dan lengkap di laman Malaysia Aktif, tiada 'representation' di tekankan atau 'implied' dirujuk keatas informasi ini

While we make every effort to ensure the accuracy of the information contained in Malaysia Aktif, no representation expressed or implied is made in respect of the said information.


Perihal Malaysia Aktif | Polisi | Terma & Syarat | Penafian | Login | Guestbook | Sitemap |