Laman Utama  
  Lagi pautan dari arkib
 

MCA gesa tindakan ke atas Namewee




MCA hari ini menyatakan sokongan terhadap segala tindakan yang akan dikenakan oleh kerajaan ke atas Wee Meng Chee atau Namewee jika terbukti pemuda itu melakukan kesalahan menerbitkan video berbaur perkauman
 
 

NAJIB IS ALONE

Datuk Seri Najib Tun Razak needs help. The Prime Minister is alone, as the chairman of the ruling Barisan Nasional (BN) coalition parties he is also alone. He takes his cause along a lonely path where his ‘soldiers are going different ways’, seemingly deviating from his track and target.  He needs help, he needs support and he needs backing but so far, he got not coming. Even his idea of a New Economic Model came under fire from the largest NGO in the country – Perkasa. When Najib announced his 1Malaysia concept, everyone roared and clapped in unison, concurring to the concept that is supposedly to unite the multi-racial reality of the country.
 
 

NAJIB IS ALONE – PART 2

Top on Najib’s mind now is to retain Sarawak which state election is to be held latest by middle of next year. The going is not good as far as politicians and public see it given the political atmosphere in peninsular as well as the recently concluded Sibu state by-election. The main issue is Chief Minister Tan Sri Taib Mahmud which even the BN election machinery finds it hard to address the issue which has now spread like wild fire among the electorates in the state. Many politicians in Kuala Lumpur predicted that if Sarawak BN fails to retain its two-third majority, Sabah will fall or follow the trend as the two states are sort of ‘biologically link’ in terms of minds and culture. They said when the trend show that way in Sarawak, then the coming general election would show similar trends in the peninsular which is considered as worrying for BN. Walking the tightrope and doing the balancing act is not easy job for Najib as his 1Malaysia concept is translated and interpreted depending on the benefits of whoever is doing it.
 
 

Biadab di surau, parti karaoke untuk menyambut ramadan dan lain-lain...


Setelah 53 tahun merdeka bersama Malaysia masih lagi terdapat orang Cina yang bukan saja langsung tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu (Malaysia), malahan masih ada yang tidak langsung bersungguh-sungguh untuk mendekati budaya Melayu dan mengetahui segala sensitiviti dan pantang larang orang Melayu.

Di antara contoh paling terserlah masalah ini ialah parti DAP yang sejak berdekad mendabik dada kononnya paling berhak memerintah ekoran manifestasi misi dan falsafah yang memperjuangkan keadilan sosial mutlak untuk semua. Walaupun ramai yang sedar laungan DAP itu hanya sekadar retorik politik tidak berasas, namun masih ada yang terpengaruh dengan janji-janji mereka.

Menyedari mereka tidak akan ke mana tanpa sokongan orang Melayu, mereka merancang pelbagai muslihat sehingga tidak kurang juga orang Melayu yang terpedaya, lantaran menyertai DAP atau setidak-tidaknya menyokong rancangan mereka melalui perseteruan dengan UMNO dan bersekongkol dengan PKR dan PAS.
 

 

BBC pun tak mau RPK dalam rancangannya


Apa nak dikatakan lagi? Kalau dah salah tu, salah juga la.

Pelan pihak Perbadanan Penyiaran British, BBC mengundang Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk ditemu ramah dalam rancangan popular HardTalk dibatalkan.

Difahamkan pembatalan tersebut berikutan pendapat dan nasihat peguam-peguam BBC yang mengatakan jika rancangan itu diteruskan ada kemungkinan BBC mendedahkan dirinya kepada komplikasi perundangan.

Sejurus selepas keputusan itu diumumkan, RPK terus menyebar berita tersebut kepada konco-konconya di Malaysia, dan dengan sekelip mata mereka bergegas untuk 'spin' berita penolakkan tersebut daripada perspektif lain pula - kali ini dengan menuduh kononnya BBC sudah hilang taring, tidak lagi bebas dan mudah dibeli.

Inilah wajah kumpulan anarkis yang menjadi pemangkin Pakatan Rakyat - gerombolan yang melemparkan pelbagai janji kosong untuk kononnya mencorakkan lanskap politik dan sosial baru bagi Malaysia.

Ibrahim mahu melompat lagi
Ketuanan Melayu diserang, UMNO bergoyang
Dilema Melayu: UMNO, Pas atau PKR?
Cara Ong pimpin MCA timbulkan banyak tanda tanya
Utusan Malaysia hanya boleh berkubur di tangan Melayu
Punca Malaysiakini siar berita palsu Najib
Memerangi politik wang satu jihad
Rais Yatim lebih layak jadi PM
 

  

  

carian   Web MalaysiaAktif.com

Memerangi politik wang satu jihad


Bashir Ahmad
15 Oktober 2008


BAYANGAN barisan pemimpin-pemimpin tinggi UMNO mulai ketara kepada umum. Walaupun belum selesai mesyuarat perwakilan 191 bahagian, orang ramai khususnya masyarakat Melayu turut mengikuti dengan penuh minat keputusan-keputusan pencalonan yang diumumkan setakat ini.

Jika ditanya orang-orang Melayu yang bukan menjadi ahli UMNO dan tidak menyokong pembangkang, mereka juga mempunyai senarai orang-orang yang pada pandangan mereka layak menjadi Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ketua Pemuda UMNO. Jawatan Ketua Wanita dan Ketua Puteri UMNO tidak sangat menjadi perkiraan mereka.

Setakat hari ini, keputusan-keputusan pencalonan yang dibuat oleh 28 bahagian UMNO menepati hasrat dan pandangan mereka.

Jika Datuk Seri Mohd Najib menerima pencalonan daripada kesemua bahagian bagi jawatan Presiden, pandangan orang-orang Melayu bukan ahli parti adalah sama dengan majoriti pendirian perwakilan bahagian UMNO. Begitu juga dengan Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Mukhriz Mahathir yang masing-masing setakat ini mendapat pencalonan terbanyak bagi jawatan Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda UMNO.

Di sinilah pentingnya ahli-ahli UMNO memahami bahawa jika mereka mahu parti ini terus relevan dan mendapat sokongan pengundi-pengundi Melayu dalam pilihan raya umum akan datang (Ke-13), maka siapa yang mereka pilih sebagai pemimpin mestilah pada umumnya juga akan diterima oleh masyarakat Melayu yang akan menentukan kesinambungan kuasa parti ini.

Sekiranya faktor ini diabaikan disebabkan faktor `politik wang' yang telah begitu lama menghantui parti tersebut, kemungkinan besar sokongan orang Melayu terhadap UMNO akan terus terhakis.

Jika keputusan pilihan raya umum ke-12 masih gagal mengejutkan mereka daripada lena tidur, tiada apa lagi yang boleh dilakukan melainkan menunggu saat kejatuhan UMNO daripada tonggak kuasa pemerintahan negara.

Masyarakat Melayu turut mengetahui siapakah pemimpin-pemimpin UMNO yang dipilih melalui `kuasa wang.' Jika disebut nama-nama tertentu, mereka akan senyum sinis dan meluat. Walaupun andaian mereka bersifat persepsi, tetapi disebabkan sejarah politik menunjukkan biasanya persepsi berakhir sebagai realiti, maka  kepercayaan mereka yang berasaskan persepsi itu amat sukar diketepikan.

Justeru pucuk pimpinan dan ahli-ahli UMNO mestilah melihat `politik wang' bukan sekadar masalah dalaman parti. Ia adalah masalah nasional yang pasti diberi perhitungan oleh para pengundi dalam pilihan raya akan datang.

Malah pada ketika ini pun sudah tersebar kononnya si polan dan si anu telah menaburkan wang untuk mendapatkan sokongan daripada mereka yang mengundi di peringkat bahagian kali ini.

Amat malang jika fenomena yang pernah berlaku terus berulang pada pemilihan Perhimpunan Agung UMNO Mac 2009, iaitu orang-orang yang mendapat pencalonan tertinggi akhirnya tewas dalam pemilihan. Ini pernah berlaku dalam perhimpunan-perhimpunan pemilihan yang lalu.

Umum akan membuat kesimpulan bahawa kejanggalan ini hanya boleh berlaku disebabkan `politik wang.'  Jika persepsi ini terus kekal, maka akan kekal jugalah keyakinan bahawa UMNO masih dibarisi oleh pemimpin-pemimpin yang rasuah. Sudah tentu pemimpin-pemimpin yang naik setelah menabur jutaan ringgit, akan cuba dan berusaha mencari berpuluh juta ringgit lagi untuk mengekalkan kuasa mereka selama yang mungkin. Inilah tanggapan yang akan memusnahkan UMNO.

Sebab itulah pucuk pimpinan UMNO pada hari ini wajib menjadikan usaha memerangi politik wang satu jihad jika mahu mengembali dan mengekalkan sokongan orang-orang Melayu khususnya generasi baru. Hanya dengan jihad terhadap politik wang sahajalah slogan perjuangan untuk ` Agama, Bangsa dan Tanah Air' tidak akan dilabel sebagai klise retorik.

Dan jihad itu mestilah dilihat jelas oleh seluruh rakyat khususnya orang Melayu pada pemilihan kali ini. - malaysiaaktif.com     


   

KOMEN

19/10/2008 - mummy rokiah http://mummyrokiah.blogspot.com
 En Bashir Ahmad,
Bercakap tentang politik wang ni, dah berbueh mulut dahhh.Naik termuntah Mummy dengar.Tak habis-habis setiap kali pemilihan UMNO.Ibarat menyiram AIR DI DAUN KELADI (macam lagu D'Lyod). Yang masaalahnya hukumannya tidak setimpal dengan kesalahan yang dibuat. Kalau pegawai kerajaan makan rasuah dihukum dan digari satu malaysia tau. Apasal kalau org UMNO makan duit RASUAH POLITIK tak masuk penjara?KONONNYA PARTI YANG MEMERINTAH TAPI PEMIMPINNYA BILA NAK NAIK MENGAMALKAN RASUAH DENGANA MEMBELI UNDI.Sebab itu jangan cakap nak benteras rasuah kalau pemimpinnya sendiri pun naik dengan rasuah. HAPRAAAAAAAKKKKK. Kalau komen ini tak disiar MALAYSIA AKTIF PUN HAPRAAAAAKKK JUGA.
 Name
 Email
 Website
 

Dalam usaha kami memastikan informasi tepat dan lengkap di laman Malaysia Aktif, tiada 'representation' di tekankan atau 'implied' dirujuk keatas informasi ini

While we make every effort to ensure the accuracy of the information contained in Malaysia Aktif, no representation expressed or implied is made in respect of the said information.


Perihal Malaysia Aktif | Polisi | Terma & Syarat | Penafian | Login | Guestbook | Sitemap |