Laman Utama  
  Lagi pautan dari arkib

 

BBC pun tak mau RPK dalam rancangannya


Apa nak dikatakan lagi? Kalau dah salah tu, salah juga la.

Pelan pihak Perbadanan Penyiaran British, BBC mengundang Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk ditemu ramah dalam rancangan popular HardTalk dibatalkan.

Difahamkan pembatalan tersebut berikutan pendapat dan nasihat peguam-peguam BBC yang mengatakan jika rancangan itu diteruskan ada kemungkinan BBC mendedahkan dirinya kepada komplikasi perundangan.

Sejurus selepas keputusan itu diumumkan, RPK terus menyebar berita tersebut kepada konco-konconya di Malaysia, dan dengan sekelip mata mereka bergegas untuk 'spin' berita penolakkan tersebut daripada perspektif lain pula - kali ini dengan menuduh kononnya BBC sudah hilang taring, tidak lagi bebas dan mudah dibeli.

Inilah wajah kumpulan anarkis yang menjadi pemangkin Pakatan Rakyat - gerombolan yang melemparkan pelbagai janji kosong untuk kononnya mencorakkan lanskap politik dan sosial baru bagi Malaysia.

Ibrahim mahu melompat lagi
Ketuanan Melayu diserang, UMNO bergoyang
Dilema Melayu: UMNO, Pas atau PKR?
Cara Ong pimpin MCA timbulkan banyak tanda tanya
Utusan Malaysia hanya boleh berkubur di tangan Melayu
Punca Malaysiakini siar berita palsu Najib
Memerangi politik wang satu jihad
Rais Yatim lebih layak jadi PM
 

  

  

carian   Web MalaysiaAktif.com

Ketuanan Melayu diserang, UMNO bergoyang

BASHIR AHMAD
3 Disember 2008


KONSEP Ketuanan Melayu sekali lagi menjadi perbahasan umum apabila ia diungkit oleh Datuk Seri. Dr. Chua Soi, bekas Menteri Kesihatan yang baru dipilih oleh ahli-ahli MCA menjadi Timbalan Presiden parti itu walaupun skendal video seksnya masih segar dalam ingatan.

Apa itu Ketuanan Melayu? Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah metakrifkan konsep itu sebagai Malay Supremacy. Tapi agak luar biasa, Wikipedia juga sudah mencatatkan definasi Ketuanan Melayu yang panjang. Dinyatakan bahawa Ketuanan Melayu adalah Malay Supremacy atau Malay Dominance.

Maka ada juga perbahasan sama ada Ketuanan Melayu itu bermaksud Malay Supremacy atau Malay Dominance. Perbahasan ini tidak akan berhujung kerana jawapannya bergantung kepada kepentingan politik dan kepentingan kaum pihak-pihak yang membicarakannya.

Chua dalam hujahnya bermaksud bahawa MCA mahukan suara dan hak yang sama rata dalam politik Barisan Nasional (BN). Jelaslah bahawa apa yang diutarakannya lebih merujuk kepada Ketuanan UMNO, bukannya Ketuanan Melayu.

Lim Kit Siang, pemimpin veteran DAP menentang Ketuanan Melayu dalam konteks yang lebih luas, sejajar dengan slogan politik parti serpihan PAP Singapura itu yang menuntut Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk semua rakyatnya tanpa hak istimewa mana-mana kaum.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tipu muslihat politiknya untuk menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum 2008 Mac lalu turut  menolak konsep Ketuanan Melayu dengan menganjurkan konsep baru Ketuanan Rakyat yang lebih harum baunya kepada para pengundi pelbagai kaum, terutama bukan Melayu dan generasi muda Melayu yang sudah terlupa atau tidak tahu peranan UMNO dalam memperkasakan kedudukan orang-orang Melayu sejak sebelum merdeka.

Agak malang bagi UMNO kerana ramai generasi muda Melayu yang terpelajar hasil polisi pendidikan yang dimartabatkan oleh parti itu sendiri, pada hari ini turut menyokong Anwar dan konsep Ketuanan Rakyat. Malah dalam beberapa hal, mereka ini sama ada sedar atau tidak, turut menyokong konsep Malaysian Malaysia yang DAP bawa bersama ke dalam muafakat politik Pakatan Rakyat

Matlamat Kit Siang dan Anwar, PKR atau DAP adalah sama, iaitu menumbangkan BN dan memerintah Malaysia. Dalam konteks ini, maksud Ketuanan Rakyat dan Malaysian Malaysia adalah sama walaupun secara perinci mungkin ada perbezaan dari segi huraiannya. Apa yang berlaku, dua gagasan politik ini telah berkahwin di bawah satu matlamat untuk menjatuhkan BN.

Disebabkan UMNO menjadi tunjang kekuatan BN, maka cara yang mudah ialah menyerang konsep Ketuanan Melayu yang dilihat sebagai falsafah pegangan politik UMNO. Maka jika didasarkan kepada pergolakan politik yang berlaku, pada hakikatnya Ketuanan Melayu itu bukan sangat Malay Supremacy atau Malay Dominance, tapi adalah UMNO Dominance atau Ketuanan UMNO.

Ada hujah bahawa dari segi politik, Ketuanan Melayu itu tidak akan terhakis kerana pada akhirnya orang Melayu akan tetap menjadi Perdana Menteri sekalipun BN atau Pakatan Rakyat yang memerintah. Apatah lagi Perlembagaan memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu untuk memperkenan siapa yang layak dilantik menjadi Perdana Menteri atau Menteri Besar di peringkat negeri.

Pelantikan Datuk Seri Mohd Nizar dari Pas menjadi Menteri Besar Perak adalah contoh terbaru kuasa dan peranan Raja Melayu. Betapa DAP yang mempunyai lebih banyak kerusi daripada PKR dan Pas di Dewan Undangan Negeri Perak tidak boleh berbuat apa-apa apabila Istana Perak menentukan siapa yang dikehendakinya menjadi ketua eksekutif negeri itu.

Pas pula mempunyai konsepnya tersendiri dalam soal ketuanan ini. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyatakan bahawa parti itu tidak kisah jika orang Cina sekalipun menjadi Perdana Menteri asalkan beliau beragama Islam dan mahu menegakkan pemerintahan Islam. Tidakkah ini Ketuanan Islam namanya?

Maka kita dapat melihat dalam soal supremacy atau dominance ini sudah ada empat versi -- Ketuanan Melayu, Ketuanan Rakyat, Malaysian Malaysia dan Ketuanan Islam.

Ini menjelaskan lagi bahawa serangan terhadap Ketuanan Melayu adalah serangan terhadap UMNO.

Terbaru isteri Anwar, Dr. Wan Azizah selaku Presiden PKR dalam ucapannya pada kongres tahunan parti itu baru-baru ini telah mengejutkan banyak pihak apabila beliau menuntut supaya kekebalan atau imuniti Raja-Raja Melayu dikembalikan. Tidakkah maksudnya ialah untuk memperkasakan semula Ketuanan Melayu yang ada pada Raja-Raja Melayu?

Tentulah seruan PKR tersebut agak aneh kerana Anwar sendiri telah menolak Ketuanan Melayu dan memperkenalkan Ketuanan Rakyat. Bagaimana rakyat mahu menjadi tuan yang mutlak jika raja-raja mempunyai kekebalan yang tidak boleh dipertikai lagi oleh rakyat? Ini memperkuatkan lagi kepercayaan bahawa Ketuanan Melayu, konsep yang lahir sebagai istilah dalam kamus politik Malaysia hanya selepas tahun 2000, sebenarnya hanyalah satu ungkapan permainan politik.

Ia dimomokkan selepas PRU 2008 apabila BN tidak lagi menguasai Dewan Rakyat dengan suara majoriti, di samping kehilangan kuasa di lima negeri.

Ketuanan Melayu dipersoal dan dipertikai kerana kuasa UMNO dilihat sudah lemah. Lemah setelah orang-orang Melayu sendiri sudah berpecah sokongan antara UMNO, Pas dan PKR. Akibatnya jika dulu Ketuanan Melayu amat ketara melalui kekuatan UMNO, maka Ketuanan Melayu menjadi lemah selepas PRU 12.

Sebab itulah parti-parti komponen bukan Melayu dalam BN termasuk MCA sudah berani mempertikai konsep Ketuanan Melayu. Yang sebenarnya mereka mencabar Ketuanan UMNO. Suasana baru ini menambahkan lagi dilema politik tanah air.

Dalam keadaan ini, orang-orang Melayulah yang paling rugi.

Orang-orang Melayu dalam PKR sudah mengiktiraf Malaysian Malaysia. Orang-orang Melayu dalam Pas bersedia melorongkan sesiapa sahaja memimpin negara asalkan beragama Islam. Melayu dalam UMNO pula tersepit dalam senario politik terbaru ini dan mereka menjadi terlalu defensif.

Akhirnya bukan sahaja hak-hak keistimewaan Melayu dipertikai, tapi kedudukan Islam juga mulai dipersoal.

Perebutan kuasa antara UMNO, PKR dan Pas adalah punca utama Ketuanan Melayu menjadi lemah. Yang menerima padah paling besar ialah UMNO. Ia berlaku pada zaman Abdullah menjadi Persiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Ia bertambah gawat oleh kegilaan Anwar untuk merebut kuasa dan menjadi Perdana Menteri.

Konsep Ketuanan Melayu dalam politik Malaysia yang suatu masa dulu bernama Tanah Melayu akan terus berkecamuk dan menjadi serangan bukan Melayu jika tiada lagi mana-mana parti politik Melayu yang dominan.

Dan jika Barack Obama telah dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat, tidak mustahil seorang bukan Melayu akan menjadi PM Malaysia suatu hari nanti walaupun ketika itu masih mustahil seorang Melayu menjadi PM Singapura.  - malaysiaaktif.com

    






    
   

KOMEN

 Name
 Email
 Website
 

Dalam usaha kami memastikan informasi tepat dan lengkap di laman Malaysia Aktif, tiada 'representation' di tekankan atau 'implied' dirujuk keatas informasi ini

While we make every effort to ensure the accuracy of the information contained in Malaysia Aktif, no representation expressed or implied is made in respect of the said information.


Perihal Malaysia Aktif | Polisi | Terma & Syarat | Penafian | Login | Guestbook | Sitemap |