Laman Utama  
  Lagi pautan dari arkib

 

BBC pun tak mau RPK dalam rancangannya


Apa nak dikatakan lagi? Kalau dah salah tu, salah juga la.

Pelan pihak Perbadanan Penyiaran British, BBC mengundang Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk ditemu ramah dalam rancangan popular HardTalk dibatalkan.

Difahamkan pembatalan tersebut berikutan pendapat dan nasihat peguam-peguam BBC yang mengatakan jika rancangan itu diteruskan ada kemungkinan BBC mendedahkan dirinya kepada komplikasi perundangan.

Sejurus selepas keputusan itu diumumkan, RPK terus menyebar berita tersebut kepada konco-konconya di Malaysia, dan dengan sekelip mata mereka bergegas untuk 'spin' berita penolakkan tersebut daripada perspektif lain pula - kali ini dengan menuduh kononnya BBC sudah hilang taring, tidak lagi bebas dan mudah dibeli.

Inilah wajah kumpulan anarkis yang menjadi pemangkin Pakatan Rakyat - gerombolan yang melemparkan pelbagai janji kosong untuk kononnya mencorakkan lanskap politik dan sosial baru bagi Malaysia.

Ibrahim mahu melompat lagi
Ketuanan Melayu diserang, UMNO bergoyang
Dilema Melayu: UMNO, Pas atau PKR?
Cara Ong pimpin MCA timbulkan banyak tanda tanya
Utusan Malaysia hanya boleh berkubur di tangan Melayu
Punca Malaysiakini siar berita palsu Najib
Memerangi politik wang satu jihad
Rais Yatim lebih layak jadi PM
 

  

  

carian   Web MalaysiaAktif.com

Dilema Melayu: UMNO, Pas atau PKR?

BASHIR AHMAD
20 November 2008


BERSEMBANG sambil menghirup teh tarik dan mengunyah roti canai bersama seorang teman lama di sebuah kedai mamak di Ampang, penulis kemudian pulang dengan persoalan yang membenak sehingga ke pangkin tidur.

Si teman lama itu, seorang ahli perniagaan, bertanya apakah parti yang patut disokongnya sekarang? Tanpa penulis memberikan jawapan, beliau menyambung isu yang dibangkitkannya. Katanya, bolehkah UMNO diharapkan seperti dulu?

Sambil menegaskan bahawa parti yang terbaik untuk orang Melayu sejak dulu adalah UMNO, beliau mempertikai keadaan parti itu sekarang. Katanya, tengoklah UMNO masih tidak habis-habis dengan masalah politik wang.

Maka secara spontan penulis menjolok pendirian sebenarnya dengan menganjurkan:``Sokonglah PKR!''

Si teman itu menjawab pantas, Anwar Ibrahim tidak boleh diharap. Katanya, kerana Anwarlah orang-orang Melayu bersikap defensif dan menjadi sasaran bukan Melayu sekarang.

Jika begitu sokonglah Pas.

Si teman itu terdiam sejenak sebelum meluahkan pandangannya. Katanya, jika Pas boleh berubah corak, mungkin majoriti orang Melayu boleh mengalih sokongan kepada parti itu.

Maksudnya, Pas tidak boleh lagi dilihat sebagai parti yang dikuasai oleh golongan ustaz. Peranan golongan profesional dalam Pas perlu lebih ketara. Sudah sampai masanya Pas dipimpin oleh golongan profesional yang berimej Islam dan berakhlak bersih.

Pertanyaan dan pandangan si teman itulah yang membuat penulis berfikir lama mengenai masa depan UMNO, Pas dan PKR dalam konteks orang Melayu. Persoalan yang sama, penulis percaya turut bermain di fikiran ramai orang Melayu sekarang, terutama setelah melihat perkermbangan mutakhir yang mencabar kedudukan mereka, bukan sahaja dari segi ekonomi dan politik, malah agama Islam yang mereka anuti.

Hampir setiap minggu ada-ada saja ahli-ahli politik dan NGO bukan Melayu yang menyerang kedudukan Melayu. Perihal majoriti kakitangan orang awam adalah Melayu turut dipersalahkan sebagai berpunca daripada dasar UMNO. Kuota 30 peratus terus menjadi tuntutan supaya dihapuskan. Kerajaan dukungan UMNO juga pernah dituduh melakukan ethnic cleansing terhadap kaum India. Malah terbaru ini, fatwa mengenai penkid turut dibantah oleh NGO-NGO bukan Islam.

Jika orang Melayu masih tidak sensitef kepada perkembangan ini, maka itu adalah tanda dunia akan kiamat bagi mereka.

Benarlah kata mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap pada Program Penerangan Isu-Isu Semasa di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 19 November 2008, dalam keadaan sekarang sudah tiba masanya orang Melayu mengambil sikap `menyerang', bukan lagi defensif bagi mempertahankan hak-hak keistimewaan Melayu dan Islam.

Tugas menyerang ini tidak boleh diserahkan saja kepada ahli-ahli politik Melayu kerana mereka sudah terperangkap dalam kemelut politik selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008. Peranan yang lebih ketara hendaklah dipikul oleh NGO-NGO Melayu dan Islam. Ahli-ahli politik Melayu tidak boleh diharapkan lagi kerana sebilangan mereka adalah punca kepada kemelut sekarang.

Kemunculan Anwar Ibrahim yang memburu cita-cita untuk menjadi PM dengan menjuarai `politik pelbagai kaum' sehingga tergamak menolak DEB yang dipertahankan bermatian-matian ketika dalam UMNO dulu, adalah salah satu faktor yang meransang bukan Melayu untuk menyerang hak-hak Melayu dan Islam sekarang.

Dalam Barisan Nasional sendiri, UMNO terperangkap dengan kebangkitan barisan pemimpin baru MCA dan Gerakan yang secara terbuka menuntut hak-hak sama rata bagi semua kaum. Presiden baru MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat telah menyuarakan kepercayaannya kepada politik pelbagai kaum yang asalnya dipelopori oleh DAP dan kini diperkuat oleh Anwar dan PKR.

Semuanya ini membayangkan bahawa suasana hubungan politik dalam BN pada masa akan datang adalah tidak sebagaimana dulu lagi. Tidak sebagaimana zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Siew Sin dan Tun Sambanthan memimpin Perikatan dulu.

Sekalipun Mahathir berkali-kali menegaskan bahawa politik perkauman masih relevan, suasana sekarang meragui kepercayaannya itu. Sebab itulah Anwar masih berkeyakinan tinggi untuk menjadi PM walaupun tarikh 16 September 2008 yang diuar-uarkan sebagai titik peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat pimpinannya tidak menjadi kenyataan.

Punca kegagalan 16 September 2008 adalah kerana Pas pimpinan Haji Hadi Awang telah melihat bahawa kerajaan yang Anwar rancang akan ditunjangi oleh bukan Melayu (bukan Islam). Anwar yang mendabik dada sudah mempunyai `angka' yang cukup untuk membentuk kerajaan baru, sebenarnya hanya berjaya menarik ahli-ahli Parlimen bukan Melayu (kebanyakan dari Sabah) untuk melompat keluar dari BN.

Sebab itulah Pas enggan menyertai kerajaan yang Anwar bakal tubuhkan kerana mereka melihatnya akan menjadi boneka bukan Melayu dan bukan Islam. Disebabkan ugutan Pas tersebut, Anwar terpaksa membatalkan rancangannya buat sementara waktu.

Kini Anwar berkempen di Sarawak untuk memastikan beliau akan memperoleh `angka' yang cukup. Pada perkiraannya, kerajaan Pakatan Rakyat masih boleh ditubuhkan  jika beliau mendapat sokongan penuh ahli-ahli Parlimen bukan Melayu, sekalipun Pas enggan menyertainya kelak.

Jika kita lihat apa yang berlaku di Selangor sekarang, sekalipun Menteri Besarnya seorang Melayu, kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa akur dalam banyak hal kepada tuntutan bukan Melayu. MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim turut mengesyorkan UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera  kerana mahu mengambil hati bukan Melayu yang ternyata menjadi sumber kekuatan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU 12.

Dari segi sokongan kaum, ternyata kaum India paling ketara menyokong PKR. Pertubuhan haram Hindraf menonjolkan kehadirannya lebih daripada Pas dan DAP pada perhimpunan-perhimpunan Pakatan Rakyat yang diadakan di Selangor, negeri yang mempunyai paling ramai rakyat keturunan India.

Maka tidak hairanlah si teman penulis itu awal-awal lagi menolak PKR sebagai parti yang boleh membela nasib orang Melayu.

Baginya UMNO tetap relevan sebagai wadah perjuangan Melayu. Bagaimanapun, beliau risau kerana UMNO masih dibelenggu politik wang yang memberikan imej `rasuah' kepada parti tersebut.

Pas pula masih merupakan parti ustaz yang beliau ragui boleh membawa kemajuan kepada umat Islam pada zaman global yang sangat diwarnai oleh kekuatan ekonomi dan teknologi negara.

Si teman yang suatu masa dulu menyokong kuat UMNO, kini berada dalam keadaan dilema. Parti mana yang boleh beliau harapkan. Dilema sahabat penulis itu sebenarnya adalah dilema Melayu pasca PRU 12.

Inilah cabaran kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang akan mengambilalih teraju kepimpinan UMNO dan negara daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ada tanda-tanda bahawa peralihan kuasa yang akan berlaku pada atau selepas Mac 2009 itu akan memberikan satu dorongan baru kepada orang Melayu untuk memberikan semula sokongan besar kepada UMNO.

Bagaimanapun sokongan itu adalah sokongan bersyarat. Syaratnya Najib boleh menjuruterakan semula perubahan dalam UMNO supaya bangkit kembali sebagai parti Melayu yang bukan sahaja disayangi oleh Melayu, tapi juga dihormati dan digeruni oleh bukan Melayu. - malaysiaaktif.com  
               

   



     

KOMEN

 Name
 Email
 Website
 

Dalam usaha kami memastikan informasi tepat dan lengkap di laman Malaysia Aktif, tiada 'representation' di tekankan atau 'implied' dirujuk keatas informasi ini

While we make every effort to ensure the accuracy of the information contained in Malaysia Aktif, no representation expressed or implied is made in respect of the said information.


Perihal Malaysia Aktif | Polisi | Terma & Syarat | Penafian | Login | Guestbook | Sitemap |