Laman Utama  
  Lagi pautan dari arkib
 

MCA gesa tindakan ke atas Namewee




MCA hari ini menyatakan sokongan terhadap segala tindakan yang akan dikenakan oleh kerajaan ke atas Wee Meng Chee atau Namewee jika terbukti pemuda itu melakukan kesalahan menerbitkan video berbaur perkauman
 
 

NAJIB IS ALONE

Datuk Seri Najib Tun Razak needs help. The Prime Minister is alone, as the chairman of the ruling Barisan Nasional (BN) coalition parties he is also alone. He takes his cause along a lonely path where his ‘soldiers are going different ways’, seemingly deviating from his track and target.  He needs help, he needs support and he needs backing but so far, he got not coming. Even his idea of a New Economic Model came under fire from the largest NGO in the country – Perkasa. When Najib announced his 1Malaysia concept, everyone roared and clapped in unison, concurring to the concept that is supposedly to unite the multi-racial reality of the country.
 
 

NAJIB IS ALONE – PART 2

Top on Najib’s mind now is to retain Sarawak which state election is to be held latest by middle of next year. The going is not good as far as politicians and public see it given the political atmosphere in peninsular as well as the recently concluded Sibu state by-election. The main issue is Chief Minister Tan Sri Taib Mahmud which even the BN election machinery finds it hard to address the issue which has now spread like wild fire among the electorates in the state. Many politicians in Kuala Lumpur predicted that if Sarawak BN fails to retain its two-third majority, Sabah will fall or follow the trend as the two states are sort of ‘biologically link’ in terms of minds and culture. They said when the trend show that way in Sarawak, then the coming general election would show similar trends in the peninsular which is considered as worrying for BN. Walking the tightrope and doing the balancing act is not easy job for Najib as his 1Malaysia concept is translated and interpreted depending on the benefits of whoever is doing it.
 
 

Biadab di surau, parti karaoke untuk menyambut ramadan dan lain-lain...


Setelah 53 tahun merdeka bersama Malaysia masih lagi terdapat orang Cina yang bukan saja langsung tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu (Malaysia), malahan masih ada yang tidak langsung bersungguh-sungguh untuk mendekati budaya Melayu dan mengetahui segala sensitiviti dan pantang larang orang Melayu.

Di antara contoh paling terserlah masalah ini ialah parti DAP yang sejak berdekad mendabik dada kononnya paling berhak memerintah ekoran manifestasi misi dan falsafah yang memperjuangkan keadilan sosial mutlak untuk semua. Walaupun ramai yang sedar laungan DAP itu hanya sekadar retorik politik tidak berasas, namun masih ada yang terpengaruh dengan janji-janji mereka.

Menyedari mereka tidak akan ke mana tanpa sokongan orang Melayu, mereka merancang pelbagai muslihat sehingga tidak kurang juga orang Melayu yang terpedaya, lantaran menyertai DAP atau setidak-tidaknya menyokong rancangan mereka melalui perseteruan dengan UMNO dan bersekongkol dengan PKR dan PAS.
 

 

BBC pun tak mau RPK dalam rancangannya


Apa nak dikatakan lagi? Kalau dah salah tu, salah juga la.

Pelan pihak Perbadanan Penyiaran British, BBC mengundang Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk ditemu ramah dalam rancangan popular HardTalk dibatalkan.

Difahamkan pembatalan tersebut berikutan pendapat dan nasihat peguam-peguam BBC yang mengatakan jika rancangan itu diteruskan ada kemungkinan BBC mendedahkan dirinya kepada komplikasi perundangan.

Sejurus selepas keputusan itu diumumkan, RPK terus menyebar berita tersebut kepada konco-konconya di Malaysia, dan dengan sekelip mata mereka bergegas untuk 'spin' berita penolakkan tersebut daripada perspektif lain pula - kali ini dengan menuduh kononnya BBC sudah hilang taring, tidak lagi bebas dan mudah dibeli.

Inilah wajah kumpulan anarkis yang menjadi pemangkin Pakatan Rakyat - gerombolan yang melemparkan pelbagai janji kosong untuk kononnya mencorakkan lanskap politik dan sosial baru bagi Malaysia.

Ibrahim mahu melompat lagi
Ketuanan Melayu diserang, UMNO bergoyang
Dilema Melayu: UMNO, Pas atau PKR?
Cara Ong pimpin MCA timbulkan banyak tanda tanya
Utusan Malaysia hanya boleh berkubur di tangan Melayu
Punca Malaysiakini siar berita palsu Najib
Memerangi politik wang satu jihad
Rais Yatim lebih layak jadi PM
 

  

  

carian   Web MalaysiaAktif.com

Ibrahim mahu melompat lagi

BASHIR AHMAD
19 Oktober 2009


Datuk Paduka Ibrahim Ali membayangkan hasrat untuk menyertai semula UMNO setelah dipecat   kerana bertanding menentang calon UMNO dalam pilihan raya umum 2004 di Pasir Mas setelah namanya tidak dipilih lagi oleh parti.

Menariknya (menurut laporan Bernama bertarikh 16 Oktober 2009), Ibrahim berkata beliau hanya akan menyertai UMNO jika parti itu Berjaya melakukan perubahan sebagaimana yang dihasratkan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

``Mungkin saya berminat untuk menyertai UMNO tetapi tidak dalam masa terdekat,’’ kata Ibrahim.

Siapa tidak kenal Ibrahim, ahli parlimen bebas Pasir Mas yang menang dalam pilihan raya umum 2008 atas tiket Pas setelah dia tidak mempunyai parti untuk diwakili.

Sekarang Ibrahim dimusuhi Pas kerana beliau bukan sahja enggan tunduk kepada parti itu, tetapi sentiasa mengkritiknya walaupun beliau sepatutnya berterima kasih kepada Pas yang menajanya sebagai calon ahli parlimen Pasir Mas.

Permusuhannya dengan Pas memuncak setelah berlaku pertikaman lidah dengan Datuk Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas. Kelihatan pintu keampunan Pas sudah tertutup bagi Ibrahim.

Siapa Ibrahim yang sebenar? Tun Mahathir Mohamad baru-baru ini berkata ``saya tidak faham kenapa saya boleh berkawan dengan Ibrahim, kalau saya tidak betul pun dia hentam saya.’’

Ibrahim juga digelar katak kerana tabiatnya suka berpindah parti. Beliau bermula dengan menyertai UMNO, lari ke Parti Berjasa, masuk semula UMNO, berpindah ke Semangat 46 dan menyertai UMNO semula sebelum disingkir pada 2004.

Benar kata Mahathir,  bekas pemimpin pelajar ITM (sekarang UiTM) ini yang seangkatan dengan Anwar Ibrahim dan sama-sama menentang kerajaan dulu, adalah seorang pengkritik yang paling lantang,

Ibrahim mencipta nama dalam politik kerana selalu mengeluarkan pandangan yang pedas dan tersendiri  sekalipun terhadap rakan-rakan dan bos politiknya.

Jika pertarungan politik boleh diibaratkan sebagai peperangan, Ibrahim adalah meriam yang boleh digunakan oleh panglima-panglima perang politik untuk membedil musuh-musuh mereka, sama ada yang berada di dalam parti atau di luar.

Bab yang kurang menyenangkan, Ibrahim juga boleh membedil tangan-tangan yang telah meletakkannya ke kedudukan yang baik. Mahathir pernah mengalaminya, tetapi masih sukar untuk membenci Ibrahim.

Ketika Mahathir berkonfrantasi dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kemudian keluar daripada UMNO, Ibrahim adalah salah seorang ahli plitik yang setia mendampingi Mahathir.

Oleh kerana Mahathir telah berterus terang bahawa beliau sendiri tidak faham kenapa beliau masih boleh berkawan dengan Ibrahim, kita bolehlah mengandaikan bahawa Ibrahim mempunyai kebolehan untuk menundukkan dan memanipulasi manusia lain.

Bukan sahaja Mahathir, malah ramai lagi tokoh-tokoh politik lain termasuk Nik Aziz dan Tengku Razaleigh yang pernah dimanipulasi oleh Ibrahim.

Kini Ibrahim yang bermusuhan dengan Pas dan Nik Aziz tiba-tiba menyatakan berminat untuk menyertai semula UMNO walaupun ``bukan dalam masa terdekat’’ dan dengan syarat ``UMNO telah berubah.’’

Kenyataan Ibrahim itu dianggap lucu oleh banyak pihak. Beliau menetapkan syarat, seolah-olah beliau lebih besar daripada UMNO. Seolah-olah UMNO lebih memerlukan beliau.

Hakikatnya amat berbeza. Setelah ditolak talak tiga oleh Pas dan Nik Aziz, Ibrahim mendapati beliau dalam keadaan dilema tanpa parti bagi menyokong kedudukannya untuk terus menjadi ahli parlimen.

Setelah tidak menganggotai mana-mana parti, Ibrahim menyedari bahawa masa depannya sebagai ahli parlimen akan berakhir dalam pilihan raya umum akan datang.  Beliau sedar bahawa peluang untuk memenangi pilihan raya amat sukar tanpa parti walau sehebat mana sekalipun seseorang itu.

Sebab itulah beliau menghulurkan tangan kepada UMNO dengan harapan barisan pemimpin baru akan respons kepada gendang yang dipalunya dengan sokongan media.

Apakah Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berminat untuk menggunakan Ibrahim bagi membedil musuh-musuh politik parti? Tetapi semua orang tahu bahawa Ibrahim datang dalam satu pakej yang mempunyai label ``bahan berbahaya, kendalikan dengan waspada.’’

Dalam keadaan sekarang, ketika sedang berusaha keras untuk membawa transformasi kepada UMNO, tentulah tidak bijak bagi Najib  menerima  menggunakan meriam yang boleh membedil dirinya sendiri. Mungkin ada kegunaannya tetapi bahayanya lebih besar daripada kegunaan.

Terlalu banyak sasaran yang telah dibedil oleh Ibrahim, dan hanya manusia yang bebal sahaja tidak akan mempelajari tawarikh (sejarah) sebagaimana peringatan Najib dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 baru-baru ini.

Jika Pas dan UMNO menutup pintu, Ibrahim hanya mempunyai satu pilihan sahaja lagi – Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Anwar Ibrahim, sahabat lama yang juga terlalu banyak dibedilnya.

Jika Ibrahim menyertai PKR, adakah ia lebih menguntungkan PKR dan merugikan UMNO dalam masa terdekat?  Dalam politik, tiada apa yang mustahil dan badut-badut juga sering menjadi primadona di pentas politik. Musuh hari ini boleh jadi kawan esok. – malaysiaaktif.com      
 


 

  

 

KOMEN

 Name
 Email
 Website
 

Dalam usaha kami memastikan informasi tepat dan lengkap di laman Malaysia Aktif, tiada 'representation' di tekankan atau 'implied' dirujuk keatas informasi ini

While we make every effort to ensure the accuracy of the information contained in Malaysia Aktif, no representation expressed or implied is made in respect of the said information.


Perihal Malaysia Aktif | Polisi | Terma & Syarat | Penafian | Login | Guestbook | Sitemap |