Laman Utama  
  Lagi pautan dari arkib
 

MCA gesa tindakan ke atas Namewee




MCA hari ini menyatakan sokongan terhadap segala tindakan yang akan dikenakan oleh kerajaan ke atas Wee Meng Chee atau Namewee jika terbukti pemuda itu melakukan kesalahan menerbitkan video berbaur perkauman
 
 

NAJIB IS ALONE

Datuk Seri Najib Tun Razak needs help. The Prime Minister is alone, as the chairman of the ruling Barisan Nasional (BN) coalition parties he is also alone. He takes his cause along a lonely path where his ‘soldiers are going different ways’, seemingly deviating from his track and target.  He needs help, he needs support and he needs backing but so far, he got not coming. Even his idea of a New Economic Model came under fire from the largest NGO in the country – Perkasa. When Najib announced his 1Malaysia concept, everyone roared and clapped in unison, concurring to the concept that is supposedly to unite the multi-racial reality of the country.
 
 

NAJIB IS ALONE – PART 2

Top on Najib’s mind now is to retain Sarawak which state election is to be held latest by middle of next year. The going is not good as far as politicians and public see it given the political atmosphere in peninsular as well as the recently concluded Sibu state by-election. The main issue is Chief Minister Tan Sri Taib Mahmud which even the BN election machinery finds it hard to address the issue which has now spread like wild fire among the electorates in the state. Many politicians in Kuala Lumpur predicted that if Sarawak BN fails to retain its two-third majority, Sabah will fall or follow the trend as the two states are sort of ‘biologically link’ in terms of minds and culture. They said when the trend show that way in Sarawak, then the coming general election would show similar trends in the peninsular which is considered as worrying for BN. Walking the tightrope and doing the balancing act is not easy job for Najib as his 1Malaysia concept is translated and interpreted depending on the benefits of whoever is doing it.
 
 

Biadab di surau, parti karaoke untuk menyambut ramadan dan lain-lain...


Setelah 53 tahun merdeka bersama Malaysia masih lagi terdapat orang Cina yang bukan saja langsung tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu (Malaysia), malahan masih ada yang tidak langsung bersungguh-sungguh untuk mendekati budaya Melayu dan mengetahui segala sensitiviti dan pantang larang orang Melayu.

Di antara contoh paling terserlah masalah ini ialah parti DAP yang sejak berdekad mendabik dada kononnya paling berhak memerintah ekoran manifestasi misi dan falsafah yang memperjuangkan keadilan sosial mutlak untuk semua. Walaupun ramai yang sedar laungan DAP itu hanya sekadar retorik politik tidak berasas, namun masih ada yang terpengaruh dengan janji-janji mereka.

Menyedari mereka tidak akan ke mana tanpa sokongan orang Melayu, mereka merancang pelbagai muslihat sehingga tidak kurang juga orang Melayu yang terpedaya, lantaran menyertai DAP atau setidak-tidaknya menyokong rancangan mereka melalui perseteruan dengan UMNO dan bersekongkol dengan PKR dan PAS.
 

 

BBC pun tak mau RPK dalam rancangannya


Apa nak dikatakan lagi? Kalau dah salah tu, salah juga la.

Pelan pihak Perbadanan Penyiaran British, BBC mengundang Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk ditemu ramah dalam rancangan popular HardTalk dibatalkan.

Difahamkan pembatalan tersebut berikutan pendapat dan nasihat peguam-peguam BBC yang mengatakan jika rancangan itu diteruskan ada kemungkinan BBC mendedahkan dirinya kepada komplikasi perundangan.

Sejurus selepas keputusan itu diumumkan, RPK terus menyebar berita tersebut kepada konco-konconya di Malaysia, dan dengan sekelip mata mereka bergegas untuk 'spin' berita penolakkan tersebut daripada perspektif lain pula - kali ini dengan menuduh kononnya BBC sudah hilang taring, tidak lagi bebas dan mudah dibeli.

Inilah wajah kumpulan anarkis yang menjadi pemangkin Pakatan Rakyat - gerombolan yang melemparkan pelbagai janji kosong untuk kononnya mencorakkan lanskap politik dan sosial baru bagi Malaysia.

Ibrahim mahu melompat lagi
Ketuanan Melayu diserang, UMNO bergoyang
Dilema Melayu: UMNO, Pas atau PKR?
Cara Ong pimpin MCA timbulkan banyak tanda tanya
Utusan Malaysia hanya boleh berkubur di tangan Melayu
Punca Malaysiakini siar berita palsu Najib
Memerangi politik wang satu jihad
Rais Yatim lebih layak jadi PM
 

  

  

carian   Web MalaysiaAktif.com

Rais Yatim lebih layak jadi PM

YANG TERSURAT DAN TERSIRAT
Bashir Ahmad
19 September 2008



ENTAH apa gerangannya, setelah dilaporkan bercakap dari hati ke hati dengan Pak Lah selama hampir tiga jam pada 16 September lalu, tiba-tiba pendirian Datuk Mohd Najib Tun Abdul Razak berhubung peralihan kuasa berganjak sedikit.

Muncul bersama dalam sidang akhbar pada 17 September, Pak Lah mengumumkan bahawa beliau dan Najib akan terus berpegang kepada tarikh peralihan pada pertengahan 2010. Mereka juga bertukar potfolio Menteri Pertahanan dan  Menteri Kewangan. Pak Lah juga mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan Najib Timbalan Presiden pada perhimpunan agung Disember ini.

Najib turut mengiakan cakap Pak Lah, pada hal beliau baru-baru ini menegaskan bahawa ahli-ahli parti yang berhak menentukan soal tersebut.

Cuma apabila ditanya oleh wartawan sama ada beliau akan menerima pencalonan untuk jawatan Presiden, Najib berkata:`` Kami sama-sama bersetuju dengan perkara itu. Kami serahkannya kepada parti. Kami telah menawarkan diri masing-masing, kami harap parti akan menerimanya.''

Kalau diamati dan dipegang cakap Najib, ertinya akhir kata terletak pada parti, yakni ahli-ahli. Berdasarkan sistem demokrasi UMNO, kuasa pemilihan terletak pada bahagian. Pencalonan  Presiden, Timbalan Presiden dan anggota Majlis Tertinggi (MT) dibuat di peringkat bahagian. Kemudian pemilihan dibuat di perhimpunan agung oleh perwakilan bahagian.

Kita tunggu bahagian-bahagian UMNO mula bermesyuarat selepas Hari Raya Aidilfitri. Jika lebih banyak bahagian yang mencalonkan Najib menjadi Presiden, apakah beliau akan menolak kehendak parti? Jika beliau menolak, ia membayangkan ada sesuatu yang tidak kena. Dan dalam jangka panjang, keengganan Najib untuk mematuhi kehendak parti akan menjejaskan kewibawaan kepimpinannya di kaca mata ahli-ahli UMNO.

Agak menarik soal peralihan kuasa ini tidak dibincangkan panjang lebar pada Mesyuarat MT semalam. Bagaimanapun, dilaporkan Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberikan penjelasan berhubung kenyataannya di Singapura yang menegaskan perlunya peralihan kuasa dipercepatkan.

Menurut Muhyiddin, beliau menyuarakan pendapatnya itu demi kepentingan parti dan penjelasannya diterima baik oleh seluruh ahli MT termasuk oleh Pak Lah, tanpa perbincangan lanjut.

Nampaknya Pak Lah terpaksa menerima hakikat bahawa soal peralihan kuasa ini tidak boleh ditentukan hanya oleh beliau dan Najib kerana ia melibatkan masa depan parti UMNO dan Barisan Nasional. Malah ramai juga rakyat jelata yang bukan ahli-ahli parti politik berpendapat bahawa ia melibatkan masa depan negara yang terus diselubungi keadaan tidak menentu ekoran keputusan Pilihan Raya Umum 2008 dan kegilaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Satu tinjauan pendapat oleh Radio 24 kepunyaan kerajaan pada 18 September memperdengarkan pelbagai komen yang menarik. Pada awalnya para pendengar dijemput memberikan komen mengenai peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib. Walaupun banyak yang menyokong peralihan kuasa disegerakan, ada juga yang menyatakan bahawa peralihan kuasa tidak akan membawa sebarang perubahan kerana yang memerintah adalah parti yang sama.

Bagaimanapun, salah seorang pendengar memberikan pandangan yang menarik. Kata pendengar ini, dalam keadaan sekarang pemimpin UMNO yang lebih layak dan berkaliber untuk menjadi Perdana Menteri ialah Datuk Rais Yatim. Bukan Pak Lah dan bukan Najib.

Walaupun pandangan si pendengar itu boleh dianggap sebagai pandangan terpencil, ia sebenarnya menggambarkan bagaimana suasana politik negara semakin tidak menentu dan kalut. Perbincangan yang semakin bebas oleh media, termasuk media kerajaan, menimbulkan tanda tanya sama ada kebebasan yang tidak terkawal sekarang menambah baik atau memburukkan lagi keadaan.

Tiada siapa yang pernah terfikir bahawa sebuah stesen radio milik kerajaan boleh menyiarkan dengan bebas pandangan pendengar mengenai peralihan kuasa itu. Malah seorang lagi pendengar menegaskan bahawa kuasa hendaklah diberikan kepada Anwar Ibrahim, bukan Pak Lah atau Najib. Jelas bahawa si pendengar itu penyokong Pakatan Rakyat.

Kemudian pada sebelah petang, Radio 24 mengemukakan soalan yang berbeza sedikit - mana lebih penting antara peralihan kuasa dan harga minyak dikurangkan? Hampir saya tidak percaya bahawa soalan tersebut datangnya dari sebuah stesen radio milik kerajaan. Ini soalan yang kalut. Sudah tentulah kebanyakan pendengar mahukan harga minyak dikurangkan kerana ini persoalan periuk nasi yang menyentuh hati nurani kebanyakan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, ada juga pendengar yang berfikiran matang dan mempertahankan peralihan kuasa sebagai persoalan yang lebih penting.

Pokoknya, jika peralihan kuasa tidak dibuat mengikut kehendak majoriti, lebih-lebih lagi majoriti ahli UMNO, suasana akan bertambah kalut. Hari ini orang akan menamakan si polan dan si anu lebih layak daripada Pak Lah dan Najib. Lama kelamaan lebih banyak orang akan berpendapat, ``kalau susah sangat, lebih baik serahkan kepada Anwar Ibrahim sahaja.'' - malaysiaaktif.com         

  

KOMEN

 Name
 Email
 Website
 

Dalam usaha kami memastikan informasi tepat dan lengkap di laman Malaysia Aktif, tiada 'representation' di tekankan atau 'implied' dirujuk keatas informasi ini

While we make every effort to ensure the accuracy of the information contained in Malaysia Aktif, no representation expressed or implied is made in respect of the said information.


Perihal Malaysia Aktif | Polisi | Terma & Syarat | Penafian | Login | Guestbook | Sitemap |