Laman Utama  
  Lagi pautan dari arkib
 

Yang Tersurat dan Tersirat

KETUANAN RAKYAT HANYALAH KETUANAN ANWAR
KETUANAN Rakyat anjuran Anwar Ibrahim cukup sedap didengar sebagai satu gagasan yang mesra demokrasi . Di negara-negara bersistem komunis perkataan rakyat (people) juga digunakan secara  meluas sebagai propaganda untuk menggambarkan  bahawa  kononnya rakyatlah yang berkuasa, walaupun hakikat adalah sebaliknya. Contohnya Korea Utara secara rasmi diuar-uarkan dalam bahasa Inggeris sebagai Democratic People's Republic of Korea, dan China sebagai People's Republic of China.
 
 

Yang Tersurat dan Tersirat

BOLEHKAH BUKAN MELAYU JADI PM MALAYSIA?

KITA putar sedikit soalan ini. Bolehkah seorang Melayu bukan beragama Islam menjadi Perdana Menteri Malaysia? Bukan Melayu mungkin menjawab boleh. Saya tidak tahu apa yang akan dijawab oleh orang Melayu. Mungkin ada yang akan membidas, mana ada orang Melayu bukan Islam. Sebabnya,  menurut Perlembagaan Malaysia, orang Melayu mestilah beragama Islam. Kalau dia bukan Islam, maka gugurlah taraf Melayunya.
 
 

Yang Tersurat dan Tersirat

MB Perak silap langkah

KETIKA BN memerintah Perak dulu, ahli-ahli jawatankuasa masjid turut dianggotai oleh ahli dan penyokong Pas, di samping orang-orang UMNO. Sebilangan orang Pas juga menjadi imam dan bilal masjid. Tiada masalah. Maka mengapa Mohammad Nizam kelam-kabut sangat hendak menukar jawatankuasa masjid? Penjelasan yang beliau berikan setakat ini tidak menjawab keraguan.
 

Nana ke Permatang Pauh Pt.1
Panggilan Permatang Pauh
Nana ke Permatang Pauh Pt.2
Ipoh Bandar Nik Aziz
Nana ke Permatang Pauh Pt.3
Syaitan Ketawa Berdekah di Penamaan Calon
Nana ke Permatang Pauh Pt.4
Hujan Lebat Pendingin Hati Yang Panas
Nana ke Permatang Pauh Pt.5
Perang Serangan Peribadi Calon Memuncak
Nana ke Permatang Pauh Pt.6
Cerita-cerita  peribadi Anwar menghantui Permatang Pauh
Nana ke Permatang Pauh Pt.7
Anwar semakin bimbang
Nana ke Permatang Pauh Pt.8
Blair, Gus Dur dan Estrada rakan Anwar
Nana ke Permatang Pauh Pt.9
Rahman atau Rahmaan?

Nik Aziz diperalat kumpulan pro-Anwar

YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

Hamburan perasaan Nik Aziz melalui blognya hanyalah mencerminkan betapa terdesaknya kumpulan pro-Anwar untuk  merebut kuasa dalam Pas. Jalan terbaik ialah dengan  memperalatkan Nik Aziz. Mereka tahu bahawa Nik Aziz sangat bencikan UMNO kerana parti itu sentiasa menggugat kedudukannya sebagai Menteri Besar Kelantan sejak jawatan itu dipegangnya pada 1990. Lalu mereka mengapi-apikan Nik Aziz supaya melontarkan idea muktamar khas bagi menyingkir Hadi Awang dan gengnya. 

Yang Tersurat dan Tersirat

ANWAR HANYA TAHU MENANAM TEBU DI BIBIR
SAUDARA Anwar melaungkan bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah dan beliau menjadi Perdana Menteri, ada caranya untuk tidak menaikkan harga minyak. Jika Anwar benar-benar jujur, sila bentangkan pelan tindakannya kepada rakyat dengan jelas sekarang. Bagi seorang yang cukup berpengalaman membentangkan bajet atau belanjawan negara, membentangkan pelan pengurusan kewangan untuk menangani krisis kenaikan harga minyak global tidaklah sukar.
carian   Web MalaysiaAktif.com

Kenapa The Star siar lagi kisah Chin Peng?

YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein perlu memanggil Ketua Pengarang The Star  untuk bertanya sendiri apa tujuan beliau menyiarkan cerita Chin Peng itu? Yang nyata, penyiaran cerita Chin Peng mengakibatkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada negara. Ia boleh mencetuskan polemik yang tidak mententeramkan negara

Cara Ong pimpin MCA timbulkan banyak tanda tanya

YANG TERSURAT DAN TERSIRAT - 14 Nov 08
PERUBAHAN yang dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dalam pelantikan jawatan setiausaha agung, bendahari dan ketua-ketua perhubungan negeri parti itu mengejutkan kalangan ahli-ahli MCA dan masyarakat Cina.  Cara Ong dilihat seolah-olah beliau bersuara lantang:`` Saya adalah ketua MCA. Saya berhak buat apa yang saya buat. Kalau awak tidak setuju dengan apa yang saya buat, itu awak punya pasal!'' 
Bagaimana jika pendekatan yang sama Ong gunakan dalam berurusan dengan UMNO, rakan lama sejak zaman Perikatan?

Punca Malaysiakini siar berita palsu Najib

YANG TERSURAT DAN TERSIRAT
SIKAP perkaumanlah yang menyebabkan Wong dan Gan menulis dan menyiarkan berita palsu itu. Sebagai wartawan berpengalaman, Gan tentulah amat arif bahawa setiap berita hendaklah dipastikan kesahihannya sebelum disiarkan.

Memerangi politik wang satu jihad

YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

PUCUK pimpinan UMNO pada hari ini wajib menjadikan usaha memerangi politik wang satu jihad jika mahu mengembali dan mengekalkan sokongan orang-orang Melayu khususnya generasi baru. Hanya dengan jihad terhadap politik wang sahajalah slogan perjuangan untuk ` Agama, Bangsa dan Tanah Air' tidak akan dilabel sebagai klise retorik.  Dan jihad itu mestilah dilihat dengan jelas oleh seluruh rakyat khususnya orang Melayu pada pemilihan kali ini.

Persaingan Mukhriz-Khairy sungguh sengit

YANG TERSURAT DAN TERSIRAT


Zahid calon kuda gelap kandang penyokong Pak Lah?

YANG TERSURAT DAN TERSIRAT
ADA desas-desus bahawa Zahid Hamidi mendapat sokongan daripada para penyokong Abdullah yang melakukannya untuk merosakkan peluang Muhyiddin yang bagi mereka telah merosakkan peluang Pak Lah untuk berada lebih lama dalam jawatannya, setidak-tidaknya sehingga 2010. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim siang-siang lagi menyifatkan pengumuman Zahid sebagai tepat pada masanya. Jika mengetahui Shahidan penyokong kuat siapa, anda boleh menduga dengan mudah beliau bercakap untuk kandang mana?

Tsu Koon janganlah jadi duri dalam daging

YANG TERSURAT DAN TERSIRAT
KOH Tsu Koon hendaklah menilai semula dirinya ketika Gerakan masih berada dalam BN sekarang. Apakah beliau dan parti itu mahu bersikap lebih cauvinis daripada DAP dan menjadi duri dalam daging dalam BN? Atau beliau boleh terus keluar bersama Gerakan.  Jangan bermain acah-acah kerana sekarang adalah masa yang paling tidak sesuai. Sekarang adalah masa yang menguji kesetiaan setiap komponen BN sama ada mahu bersetia besama UMNO untuk meneruskan ideologi permuafakatan antara kaum yang berasaskan kepentingan kelompok masing-masing, tapi akhinya diselesaikan secara konsensus di meja rundingan tanpa perlu membesar-besarkannya di khalayak umum.

Rais Yatim lebih layak jadi PM

YANG TERSURAT DAN TERSIRAT
POKOKNYA , jika peralihan kuasa tidak dibuat mengikut kehendak majoriti, lebih-lebih lagi majoriti ahli UMNO, suasana akan bertambah kalut. Hari ini orang akan menamakan si polan dan si anu lebih layak daripada Pak Lah dan Najib. Lama kelamaan lebih banyak orang akan berpendapat, ``kalau susah sangat, lebih baik serahkan kepada Anwar Ibrahim sahaja.''

Siapa layak pimpin Pemuda UMNO?

YANG TERSURAT DAN TERSIRAT
Ada orang berpendapat bahawa Pemuda UMNO perlu lebih radikal sebagaimana pada zaman Harun dan Syed Jaafar Albar dulu bagi memperkukuhkan semula UMNO.  Ia akan memperlihatkan UMNO sebagai sebuah organisasi yang benar-benar demokratik dan lebih penting,  ia relevan untuk memikat sokongan generasi  muda yang sekarang mulai beralih kepada pembangkang. Kalangan yang mahukan  Pemuda UMNO berubah menganggap Adnan Yaakob adalah calon yang paling sesuai dengan sikapnya yang cukup tegas dan berani.

Anwar akan dipanggil bersumpah laknat

YANG TERSURAT DAN TERSIRAT
DIFAHAMKAN siasatan JAWI mendapati sukar untuk Mohd Saiful menampilkan empat saksi bagi memperkuatkan hujahnya terhadap Anwar. Dalam masa yang sama, adalah satu perkara yang tidak adil untuk memutuskan bahawa Saiful telah berbohong semata-mata kerana gagal menampilkan empat saksi.  Maka jalan yang terbaik yang dibenarkan oleh syariat ialah dengan mengadakan sumpah laknat oleh kedua-dua pihak.
  1 2 3 4 5 of 5 
 
  Lagi pautan dari arkib
BIARLAH RAKYAT INDONESIA KEMBALI SEPERTI YANG DITUNTUT
Penggunting dalam lipatan di media
Ahli Parlimen DAP Serdang mencabar lagi...
Walaupun mengaku bertaraf pendatang, ia tidak menjejaskan kesetiaan mereka
NURUL IZZAH menolak ayahnya supaya tenggelam.
When comedy’s a crime and sedition is a joke.
MCA gesa tindakan ke atas Namewee
ISAkan saja si Namewee ni...
The Star Kempen Maafkan Cina Derhaka dan Khianat.
Biadab di surau, parti karaoke untuk menyambut ramadan dan lain-lain...

  

Dalam usaha kami memastikan informasi tepat dan lengkap di laman Malaysia Aktif, tiada 'representation' di tekankan atau 'implied' dirujuk keatas informasi ini

While we make every effort to ensure the accuracy of the information contained in Malaysia Aktif, no representation expressed or implied is made in respect of the said information.


Perihal Malaysia Aktif | Polisi | Terma & Syarat | Penafian | Login | Guestbook | Sitemap |